Kelas Soft Skills - Origami Penyu Dan Kuiz Bergambar

24 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 23 Julai 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program petang bersama dengan kanak-kanak tempatan. Dalam aktiviti ini, seramai 7 orang kanak-kanak berusia dalam ringkungan 5 hingga 10 tahun telah menyertai. Aktiviti ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada pukul 2:00 petang ke 3:30 petang.

Tiga acara telah diadakan untuk kelas petang itu. Dan, ia dimulakan dengan senam aerobic yang menggunakan lagu “Aram Sam Sam” dan “Chicken Dance”. Aktiviti ini bertujuan untuk menyegarkan dan menggalakkan kecerdasan kanak-kanak sebelum aktiviti yang seterusnya.

Aktiviti kedua yang diteruskan adalah melipat origami peny. Dengan menggunakan video tutorial daripada Youtube, peserta dapat mempelajari langkah yang betul dalam pembuatan origami penyu ini.

Aktiviti terakhir untuk melengkapkan program petang itu, adalah menjawab kuiz bergambar. Sebanyak dua kuiz bergambar yang berbeza telah diberikan kepada setiap peserta untuk jawab bersama.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah dan melatih kreativiti para peserta muda kita. Sekaligus, bersenam bersama dalam bentuk tarian dan muzik. Malahan, mereka juga dapat meluangkan waktu lapang dengan berfaedah. Para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Berita Palsu”.
Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali